Wednesday, January 13, 2010

RESEPI : Mix Vege




Sayur Campur

Mix vege ni ada banyak versi sebenarnya sbb ada pelbagai bahan2 ikut taste masing2. Camanapun lebihkurang mcm nilah resepi yg i selalu buat..

1 biji bawang besar ( dihiris halus )
5-6 ulas bawang putih ( dihiris/diketuk2 aje )
2 paket baby corn
1 batang carrot
4 keping kobis panjang
1 biji kapsikum hijau
1 biji lada merah dan lada hijau
daging ayam dihiris nipis
couliflower, mushroom secukupnya
2 sudu besar oyster sos
1 sudu kecil serbuk pati ayam maggie
air rebusan ayam n garam secukupnya

Orait, dah ready semua bahan, potong dan hirislah ikut suka. Mula2 tu, tumis je lah bawang2 tu , serbuk pati ayam n lada merah/hijau hingga naik bau.
Masukkan daging ayam yg dihiris nipis tadi, kacau rata. Lepas tu masukkan kesemua sayur2 kecuali mushroom dan daun kobis panjang ( batangnya masukkan dulu ).
Tuangkan oyster sos n sedikit aje air rebusan ayam ( kalau ada ). Kalau tak da, tuang air masak dlm 2 sudu aje. I tak suka letak banyak air kat vege, so tak payah letak tepung jagung utk pekat atau sebagainya.
Rasakan masinnya, masukkan mushroom n daun kobis panjang tadi. Kacau2 sebentar n angkat..
Siap lah tuu..

Macam yg i cakap tadi, mix vege ada banyak versi. Daging ayam hiris tu, bolehlah tukarkan dengan udang dan sotong ataupun daging hiris lagi sedap, sayurnya pun boleh diletak mcm2 spt cendawan butang, cendawan tiram, brokoli n mcm2 lagilah vege yg u all suka..

No comments:

Post a Comment